LUPA

Terdapat tiga perkara utama yang boleh menyebabkan lupa


Mengabaikan solat

Pelajar yang mengabaikan solat sama lah seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Ibadah solat merupakan tiang kehidupan sebagai seorang Muslim. Jika diabaikan bermakna mereka melupakan aspek kehidupan yang paling asas dan penting. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.

Sering bercakap bohong

Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.

Mungkir Janji

Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.

Petua agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lame dalam aspek pelajaran


mengulangkaji pelajaran

Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda

Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota

Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.

Gunakan pelbagai jenis carta

Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran

Kaedah bayangan

Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.

Mengulang dan mengingat kembali

Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.

Kurangkan teks

Jadikan ia gambar dan kata kunci