Kemboja putih

Kemboja seorang gadis cantik dan penuh dengan sikap sopan santun, lemah lembut dan sering menjadi perhatian anak-anak muda kampung. Tinggal bersama ibu dan ayah tirinya. Kemboja menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemuda bernama Amar dan ini telah menimbulkan rasa cemburu pada anak-anak muda yang lain terutama Zali. Zali adalah cucu angkat kepada Tok Ketua dan mempunyai beberapa orang bawahannya. Mereka sentiasa bersama melakukan perkara-perkara tidak bermoral dan mereka sering berhubung dengan Ako, ketua samseng dari Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan Zali, ibunya adalah perempuan simpanan Ako.
Hubungan di antara Amar dan Kemboja mendapat restu dari kedua belah keluarga kecuali Rahim. Rahim adalah seorang kaki judi dan pemabuk. Zali adalah orang pertama yang menjadi tempat untuk Rahim meminjam wang setiap kali dia kalah judi. Rahim sanggup mempertaruhkan apa sahaja asalkan dia dapat berhutang. Termasuklah isteri dan anak tirinya sendiri. Zali adalah seorang pemuda kampung yang mempunyai kuncu-kuncunya sendiri. Zali begitu sombong dan angkuh hanya kerana terlalu yakin bahawa segala harta datuknya akan ke tangannya suatu hari kelak. Ibunya, Zarina adalah anak angkat kepada Ketua Kampung yang dijumpainya kira-kira beberapa tahun yang lalu. Zarina adalah seorang gadis yang tidak mempunyai harga diri. Sanggup menggadaikan kehormatan diri hanya kerana cinta dan harta.
Amar, seorang anak muda kampung yang mempunyai nilai-nilai murni seringkali menjadi kebencian kepada Zali hanya kerana Amar dan keluarganya bukanlah anak jati kampung tersebut dan Zali sentiasa mempengaruhi orang-orang kampung untuk membenci dan menyisihkan Amar dan keluarganya. Minum arak, berjudi, hisap dadah, berzina adalah perkara biasa dalam hidup Zali. Konflik mula terjadi apabila Zali mendapat tahu bahawa dia adalah anak luar nikah hasil dari perhubungan Zarina dan Rahim suatu ketika dahulu.
Video Promo Kemboja Putih

saje promote cite niyy but aq sendiri pon kadang kadang je tgk haha ! happy happy la ye :D