Amalkan madu untuk kesihatan


Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa madu boleh dijadikan makanan tambahan atau supplement. Ingat nya madu bukan ubat. Pengambilan madu secara berterusan dan istiqamah memberikan kesan yg baik kepada tubuh badan bersesuaian dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Malah, jika kamu berhenti makan madu, ia tidak akan menjejaskan tubuh badan. Sebab apa? Sebab madu tak beri kesan sampingan pun.


Kenapa madu tak asli (campur gula) tak elok?
Sebab jika diamalkan berterusan boleh menyebabkan kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi. Dalam kes madu tak asli ini, madu itu sama seperti kita makan makanan bergula.

Cara pengambilan
Dinasihatkan meminum sekurang-kurangnya sesudu madu setiap pagi sebelum melakukan aktiviti harian. Kalau saya, saya selalu minum dengan campur kan air suam sebab saya tak lalu nak telan benda manis sangat.

Dari segi saintifik, madu memainkan peranan sebagai:
1. Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
2. Dapat meningkatkan hemoglobin (sel darah merah) dan dapat mencegah dari serangan anemia (kekurangan darah merah).
3. Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthritis (sakit sendi)
4. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka. Boleh dijadikan masker untuk muka (penyediaan kecantikan).
5. Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulser perut.
6. Sumber laxative yang natural dan lembut
7. Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
8. Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Boleh dijadikan sarapan untuk bekalkan tenaga. Ini sarapan yang paling malas la.

Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.

Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.