Pertama kali aku melihatmu, aku takut untuk mendekatimu
Pertama kali aku mendekatimu, aku takut untuk mengenalimu
Pertama kali aku mengenalimu, aku takut untuk mencintaimu
Dan kini… apabila aku mencintaimu, aku takut akan kehilanganmu

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.
Adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIR MATA.
Berterima kasih  kepada orang yang MENYAKITIMU kerana dialah insan yang mengajarmu erti tabah.
Berterima kasih kepada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dialah orang yang MEMPERHEBATKANMU.
Berterima kasih kepada orang yang MENYIKSAMU kerana dialah jua yang MENGUJI kesabaran dan ketabahanmu.

Ada hati ini, Bagai di noktah,
Bagai telah tertulis.Terhantar jauh pada sekeping hati,
Inikah cinta yang tanpa diduga,Inikah sayang,
Dalam tak sedar dibayangi rindu.
Aku cuma insan biasa,
Hanya berpegang pada rasa itu.