Biarkan Cinta Hadir


Assalammualaikum semua

Biarkan cinta hadir ape itu? Novel lahh tak pernah bace ke ok tape tak kesah pon but i want to tell you yang novel ni yang pertama aku penah bace sampai habis and first time aku bace novel orang minat bace novel dah banyak kali bace novel yang aku baru firstime haha tak kelakar okay huh. Novel ni pun aku pinjam daripada kawan aku. Aku pinjam buku tu lame kod buat harta haha suke hati je. Aku bace novel mase aku form 2 kod maybe.Membe aku cakap best cerita ni dalam hati aku ckap "boleh ke aku bace novel setebal ni" ? Tapela cube aje kan bile bace bab 1 agak bosan bile bace Bab 2 rase macam nak bace lagi sebab nak taw ape kesudahannye kan haha macam macam. Nak taw novel ni cerita pasal ape mehh saye bagi sipnosis nye :

Sayang Camalia ~ Di alam universiti dia sendiri tidak menyangka bahawa diri akan jatuh cinta. Lebih-lebih lagi dengan lelaki sebegitu rupa. Hakikatnya, itulah cinta. Tidak perlu dipaksa kehadirannya. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya menyebabkan dia hanya menyimpan cinta itu dalam hati.

Mungkinkah cinta lelaki itu miliknya? Atau dia harus menerima kehadiran lelaki lain, tanpa ada cinta? Membuang cinta yang mekar di hati umpama belati yang menikam diri. Namun, menerima cinta daripada insan yang tidak dikasihi juga amat memeritkan hati. Jadi, jalan mana yang harus dia pilih?

Syukur Razlan ~ Dia kehilangan identiti sebenar diri hanya kerana satu sebab, lalu dia nekad untuk terus hidup dalam alam ciptaannya. Dia tidak peduli dengan segala tomahan orang lain. Yang penting, dunia ciptaanya itu membahagiakan. Namun rasa cinta yang terbit di hati gagal menidakkan naluri seorang lelaki yang telah lama disembunyikannya.

Fitrahnya, dia mendambakan seorang wanita di sisi, tapi dia berdiam diri kerana jalan hidup yang dilaluinya tidak memungkinkan wanita yang disayanginya itu memilih dirinya. Antara sejarah yang memeritkan diri dan cinta yang subur di hati, dia harus berhadapan dengan kedua-duanya. Mungkin perubahan adalah jalan terbaik, tapi adakah dia sanggup?

Best tak best kan? Not Bad.. Nak beli carilah MUNGKIN jumpe haha. Cerita ni ditulis oleh Adah Hamidah.Saje mahu share ini cerita taktahu mahu cerita ape? Sekarang nie kan banyak Novel yang sudah dijadikan drama di TV dan movie seperti Gemersik kalbu, Bicara hati, Ombak rindu dan lain lain jadi apesalahnye cerita ni dijadikan drama plak haha kalau boleh peace yaww..