Kali ni aku nak berkongsi 9 Nama Anak Syaitan beserta
tugasnya manalah tahu ada jugak yang belum tahu macam aku kan? Setiap pasangan
yang berkahwin pastinya inginkan anak dan semestinya akan memilih nama yang
sesuai tetapi minta dijauhkan dari 9 nama ni ye;
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli
barang-barang yang tidak perlu (membazir)
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena
dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa
sahaja perkataan yang tidak baik.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan
rumah tangga lagi.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat
serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat
orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
P/s: Semoga
bermanfaat kepada korang. >.<