Tips Penjagaan Rambut Panjang dan Bertudung

Rambut merupakan mahkota bagi wanita, tapi ada juga segelintir wanita yang tak mengambil berat pon pasal hal penjagaan rambut ni, lebih2 lagi yang bertudung.Jangan jadikan tudung sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab kite terhadap hal penjagaan dan rawatan rambut.Siapa kata wanita bertudung tak boleh bela rambut panjang??Bolehh je, asalkan kita pandai menjaganya. Antara tips nya ialah :


1. Gunakan jari anda
Sejurus bangun tidur, jangan menggunakan sikat rambut untuk menyikat rambut, sebaliknya gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal.Penggunaan jari jemari juga dapat mengurangkan keguguran rambut.

2. Berus rambut selalu
Ada yang risau menyikat rambut selalu kerana takut rambut akan gugur.Namun, memberus rambut selalu sebenarnya menyihatkan rambut.Apa ertinya mempunyai rambut panjang yang cantik kalau malas menguruskannya.Untuk mereka yang memiliki rambut panjang, dinasihatkan bahawa berus dari bahagian berbulu dengan permukaan yang bulat.Mulakan memberus dari bahagia atas kepala sehingga ke bawah.Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula.Selepas memberus,gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih semula jadi.Elakkan memberus rambut semasa basah.Sebaiknya guna berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut..Ini kerana rambut yang basah mempunyai struktur rambut yang lemah maka ia akan gugur dengan mudah.

3. Usah lupa sikat rambut
Kalau memberus rambut bertujuan untuk memperbaiki struktur rambut manakala menyikat rambut adalah untuk memperkemas dan menggayakan rambut.Bahagikan rambut pada beberapa bahagian yang kecil,dengan menggunakan sikat bergigi jarang, sikatlah rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan menyikat rambut jika ia berpintal.

4. Keringkan rambut
Rambut panjang perlu dikeringkan terlebih dahulu.Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia diperlukan.Semasa ingin mengering rambut pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk.Walaupun pengering rambut jenis ini berharga mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih syampu terbaik
Pilih syampu yang menggunakan ramuan semulajadi. Pastikan syampu yang dipilih untuk mencuci rambut mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh.Semasa mencuci rambut dengan syampu,ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka keadaan sekeliling
Lindungi rambut daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin,angin dan pencemaran.Semua ini hanya membawa kepada kerosakan dan masalah rambut kusut.Kalau anda mahu, boleh menggunakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaranyang tercemar.Penggunaan topi dan skaf turut digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.