TENTANG DHIA


Assalammualaikum.

Pernah tengok cerita tentang Dhia ? Mesti ade yang pernah kan ? Adi Putra plak yang berlakon dan digandingkan dengan Nora Danish wow same cantik sama handsome sape tak minat Adi Putra pergi angkat kaki la der ape lagi kan haha.Harini saya nak cerita pasal sipnosis tentang dhia. Barisan pelakonnye adalah  : 

-Nora Danish (Dhia)
-Adi Putra (Zikir)
-Tasha Shilla (Rose)
-Izreen Azminda (Melly)
-Ako Mustafa (Azmi)
-Irfan Roslan (Raffi)
-Puteri Sarah (Zetty)

SIPNOSIS TENTANG DHIA

Cinta dan simpati tiada ukurnya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki yang sangat dikasihinya.Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang.Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia decemburui Melly yang berasaskan dirinya lebih sesuai

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati.Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi,walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunanganya,manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia redha dengan keputusan tersebut.Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkap ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung., tetapi Raffi tidak mengendahnya.Merasa tertekan dan terdesak,Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah Penduduk kampung.Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti yang dirancang.Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi  bertanggungjawab sehingga Melly mengandung.Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur.Rose sangat meminati Zikir.Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia.Ketika majlis pengebumian Fendi,Zikir terlihat Dhia.Disitulah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose

Saksikanlah nanti ye ape kesudahannye cerita akasia Tentang Dhia ini.





JANGAN LUPA TENGOK TAW
SETIAP HARI ISNIN-KHAMIS
PUKUL 7.00 MALAM