Mencintai Dalam Diam . Peritkan ?



Ya Allah ...,
Atas kehendak rasa
Aku mencintainya dlm diam
Jika diamku membawa sebuah isyarat
Jagalah pandangan dan hatiku dari segelintir nafsu...
Yang membutakan mata

Ya Allah.....,

Jika yg kurindu dlm diamku akhirnya bkn untukku
Leburkanlah rasa ini
Bersama waktu mengalun pergi
Kikiskanlah rasa ini
Yang sangat tak bertepi 

pernah dengar ayat ini ? Jika belum siap, cintailah ia dalam diam . belum siap di sini maksudnya begini, aku masih belajar, ilmu agama masih kurang, bilik sendiri pula ikut mood kapan mau kemasnya. tidurnya lebih dari biasa biasa. see , bagi aku ini memang belum siap mahu bercinta yang kearah perkahwinan. siapa bilang dong aku tak mau bercinta. ya masa sih, nggak mahu punya suami soleh, anak comel. mestinya mahu mahu mahu. tapi ya ni apesal aku cakap bahasa indonesia ni. jangan petanda nak dapat orang seberang laut ini sudah . gaspp~

oh ya sebelum sebelum ini sebelum jaman jahiliah kekanak dulu, silent love ni selalu di salah ertikan. contoh macam mencintai dalam diam Abang Aeron Aziz, Abang Aliff Aziz, Abang Alif Satar, Abang zizan Rajalawak,Abang Aril AF7 . itu bagi aku bukan silent love, tapi silent killer. jadi apa yang menyebabkan kau kata kau suka diam-diam ? sebab dia hemsem? wangi ? atau kaya? Ok ok seterusnya sekarang ni kita buat contoh, kita suka seseorang ni, tapi kita tahu kita tak layak untuk dia. tak layak di sini maybe kita rasa kita tak cukup solehah, tak cukup ilmu untuk dampingi dia. dah tu pulak rupa kita ni biasa2 je, tak pandai pulak tu ! pastu pastu pemalas pulak tu. nak mandi pon malas :(

iya dah dinamakan cinta dalam diam keberangkalian si dia nak  tahu awak suka dia tu sangatlah tipis. jadi segala perasaan kecewa, marah tetiba sedih tu kau akan rasa jugak. ye la tak ke rasa nak terjun kerusi bila dia rapat dan acting nice dengan someone else. lagi rasa nak terjun secara sopan adalah bila dia hulur kad walimah dia. hah kan putih gigi. well itu memang hak dia untuk memilih yang terbaik untk dia *wlaupon dah rasa kita yg terbaik. tapi yang lagi sakit perit tu bila dia seolah-olah bagi hint sikit-sikit*ini bab terperasan lebih* yang dia jugak mcm suka kat kita tapi at the same time macam tak ada perkembangan. tergantung dan masing masing bisu teruskan kehidupan sampailah masing2 dah ada cucu cicit. pastu mulalah cerita dekat cucu pasal peslev korang kan.

ok senang cerita, nak sedapkan hati kita cakap gini, maybe dia pon macam kita.tengah siapkan diri nak memimpin kita ke syurga. lagi lagi lelaki,tanggungjawab dia lagi besar, walaopon kita rasa kita punya tugas lagi besar dengan nak jaga anak, nak masak, nak kemas rumah. amboi. masing-masing ada tugas besar la dik non. ada orang tanya bila dah siap sedia kenapa tak luahkan ? nah apa kau ingat luah luah ni cerita mael lambung ke? boleh main lambung2 gitu je kalau kena reject. luah cinta disini sama lah maksudnya macam kita melamar bunga dan kumbang untuk dijadikan penyeri taman taman syurga kita *aiwahh* 
Untuk nak lagi drama, jujurnya memang aku tak kuat langsung nak luah perasaan kat memana lelaki. sebab dalam otak aku ni berpusing pusing ayat -yaAllah budak ni annoying sangat. tak perasan diri tak solehah tak lemah lembut, tak berapa pandai tak itu ini bla bla bla ada hati nak ngorat aku.puihh~ok tak de lah lelaki tu nak kutuk kita mcm tu, tapi sumpah la malu gila la. dah la pesen pemalu. amboi.

sebab musabab kita terpaksa mencintai dalam diam ni adalah sebab satunya ketahuilah di jaman serba kurap ini, pemilihan jodoh ini kadangkala masih di takuk lama. bila pasangan kita tak kisah siapa kita tapi yang disekelilingnya pula yang melebih-lebih. so gimana sih? bila keluarga dia sudah ada terbaik untuk dia, nak lagi power yang lagi soleh/solehah dari kita. bila dia punya kumpulan, dan ahli gerakan dia asyik kenenkan dia dengan ikhwah/akhawat lain, so di mana kita ?  atau ketika itu masing-masing punya seribu tanggungjawab jadi masing-masing perlukan masa untuk berfikir, perlukan masa untuk bersiap sedia.perlu diingatkan perkahwinan itu bukanlah sebuah padang permainan dunia namun sebuah kebun yang bila dijaga di rapi dibaja dengan iman dan takwa maka syurga lah tempatnya kelak. Persoalannya disini, untuk siapa cinta itu hadir dengan tiba-tiba? apakah dengan redhaNya atau cinta yang sia-sia yang mengundang murkaNya ? Apakah cinta ini benar-benar boleh mendekatkan kita dengan maha Pencipta? Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya jika Allah berkehendak akan sesuatu maka terjadilah ia. 

konklusinya, aku percaya yang cinta akan datang bila tiba masanya. Cinta jugak akan datang bila dijemput sebenarnya. Bila dalam diri, kau niatkan untuk mencari cinta sejati cinta yang membawa cinta Illahi. Maka insyaAllah yang datang adalah cinta sejati bersama pakej cinta membawa ke syurga. Begitu jugak sebaliknya. maka carilah cinta yang diredhai-Nya. jadi pertama-tamanya mestilah bersiap sedia, cari cinta Illahi, cinta Allah, berbuat bakti kepada ibubapa,cedok ilmu sebanyak mungkin agar boleh dipraktikkan atau setidak-tidaknya punya ilmu agar boleh sama membimbing. jangan sampai kita mahu yang solehah/soleh tapi kita ini gayanya seperti u know what i mean ;) menjadi yang terbaik supaya kita juga akan diberi yang terbaik. Moga Allah memberi peneman hidup terbaik buat kita semua :') 

Bahagia, biar sampai syurga.
Laluilah kehidupan dengan bijak, bukan hanya pandai skor kertas periksa sahaja.
Pandulah cinta dengan keimanan, bukan hanya sibuk berasmara semata.
Pandanglah hingga ke pengakhiran rumah tangga,
destinasi selepas mati,
bukan sekadar suka-suka nak berkahwin sahaja.

Kita kahwin dalam keadaan tidak memperkuatkan diri,
dan kemudian membina keluarga yang lemah,
keluarga-keluarga yang lemah kemudian membina masyarakat,
menjadi masyarakat yang lemah.

Ceritakan kepada mereka,
akan kisah cinta yang agung,
bukan dibalut istikharah kosong,
tetapi disertai istisyarah ulung,
perjalanan panjang dan kembara,
ilmu dan pengalaman berpadu tenaga,
spiritual dan material bergabung jasa,
keluar dari celahan semua itu satu makhluk bernama bahagia.

Sukar?

Ya sukar.
Tetapi kata mahu menembus syurga.
Tidaklah ia dibentangi permaidani merah,
melainkan duri-duri nan terpacak.

Maka jika benar cinta,

maka mestilah hendak membawa ke syurgaNya,
sesiapa yang membawa ke neraka,
mustahil layak menyebutkan cinta yang sebenarnya.