Running Man


Mungkin ada yang pernah mendengar tentang cerita Running Man ini ataupun baru  mendengarnya.Running Man ini berbeza dengan cerita-cerita Korea yang lain, kenapa berbeza anda tanya? Berbanding dengan ribuan jenis drama Korea yang ada, Running Man merupakan variety show Korea.

ohh btw saye nak cakap macam ni "saya sendiri pon ckp org putih berterabur tahu tak ini pula nak ckp korea ehhh tak minat lah kpop kpop berbagai cerita korea ni #CintaNami" ahah pernah tengok cerita Cinta Nami yang time nabila huda cakap dengan Fizo Omar tu haa time tulah haha ehh okay back to the topic aku tadela berminat pon kpop kpop just minat camtu camtu jelah tadela terlalu TAKSUB ! 

Running Man sangatlah best kelakar diorang mesti menjadi secara spontan je haha terguling guling aku ahaha mula mula aku tadela minat sangat nak tengok cerita ni sebab terpengaruh dengan kakak aku la aku tengok huh pengaruh yang kuat kodd akak aku tu haha tapi memang triple the BEST EVER lah XD

haa inilah peserta Running Man

Yoo Jae Suk – Bertindak sebagai MC dan juga peserta dalam Running Man. Mempunya nickname  Grasshopper.Seorang yang cukup cilik, lebih-lebih lagi apabila dia terpilih sebagai Spy.

Ji Suk Jin – bekas pengacara Korea yang terkenal.Di kenali sebagai Big Nose Hyung  (Abang hidung besar).Merupakan peserta paling senior dan kedua paling lemah selepas Kwang Soo.


Kim Jong Kook – bekas ahli Turbo yang berbadan sasa. Di kenali dengan nama Sparta kook dan Commander kerana ketangkasannya menangkap pihak lawan.Akhir2 ini wataknya bertukar ‘comel’ dan diberi nickname Kookie. die handsome kodd haha :)

Kang Gary – salah seorang penyanyi dari kumpulan Leessang dari Korea.’Monday Couple’ kepada Ji Hyo.Merupakan seorang yang lurus dan mempunyai wajah yang tenang. die comel kan haha :)

Haha – Seorang lagi peserta yang gila-gila tapi sangat menghiburkan.Merupakan seorang pemegang Master Degree in Drama and Art yang kuat  ‘mengejas’ tetamu undangan.Mempunyai nickname Haroro kerana fesyennya menyerupai kartun Pororo. Dia sudahpun berkahwin dengan gadis bernama Byul. perwatakan die kadang kadang sangatlah comel die pon comel hee ~


Lee Kwang Soo- Merupakan peserta yang terlemah dalam Running Man.Sering di buli oleh peserta lain terutama sekali Jong Kook.Walau bagaimana pun gelagatnya sentiasa mencuit hati, dan kadang-kala dia merupakan pakar mengenakan orang dengan gossip2.Di kenali sebagai Gwangvatar kerana ketinggiannya , 190cm. Kadang kadang tengok die handsome juga kan hee ~


Song Ji Hyo – Satu-satunya peserta wanita dalam Running Man.Merupakan ‘Monday Couple’ kepada Gary (Running man di rakam pada hari Isnin, jadi mereka couple hari isnin aje). Sayangnya Monday Couple dah breakup, sebab Ji  Hyo dah ada BF. Anda mungkin mengenalinya dari Siri Princess Hours.Die cantikkan aku suke tengok die gelak comel gila haha XD


Song Joong Ki – merupakan peserta paling jambu dalam Running Man dan juga merupakan peserta yang paling bijak.Kerana jadual berlakonnya yang sering bertindih dan sibuk, Joong Ki terpaksa meninggalkan Running Man, dan kembali sebagai tetamu undangan. Yang ini Handsome kan :)

Setiap minggu, Running Man juga menjemput nama-nama besar di dalam industry hiburan Korea seperti kumpulan Big Bang, 2PM, CN Blue , Girl Generation , Tara, Ha Ji Won dan juga selebriti Korea yang lain.Gelagat setiap peserta amat mencuit hati dan saya pasti anda pasti tidak akan kering gusi menonton Siri Running Man ini.

Sebenarnya Running Man ini dah di tayang kan dekat 2 tahun lebih, dan episode paling terbaru adalah episode 97 yang menampil Park Ji Sung dan Rio Ferdinand (GGMU!). Saranan saya ialah, cubalah menonton dari episode pertama terlebih dahulu di sini. Walau bagaimana pun, Running Man juga boleh di tonton di channel 393 One HD bagi anda yang melanggan Astro.