'Kita
sering mahukan hari yang CERAH, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya HUJAN perlu diturunkan kita sering inginkan KESERONOKAN, jauh sekali KESUSAHAN, tapi Allah lebih mengetahui, KESUSAHAN itulah yang mengajar kehidupan… kita sering inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh DOSA & KEJAHATAN, tapi manusia tak dapat lari dari KESILAPAN SEMUA itu bukan HUKUMAN, tapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH agar kita lebih tabah..'
Itulah
kata-kata motivasi yang selalu ita baca bila ita sedang sedih,keliru atau
kecewa hidup nie tak selalu indah apa yang terjadi selalu tak sama dengan apa
yang kita harapkan,apa yang kita inginkan..kita selalu berdoa agar kita
mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita,tapi kita sedar tak? sebenarnya ujian
itulah yang mengajar kita menjadi insan lebih kuat,tabah dan sabar..keranaDIA lebih tau,apa yang kita perlu dari apa yang kita mahu.
Cuba kita renungkan bersama,jika kita selalu
dapat apa yang kita mahu,adakah kita akan slalu ingat kepada DIA?
yang pastinya,kita akan jadi lupa diri..kita lupa kepada Pencipta kita,,kita
lupa bahawa dunia nie hanya sementara,hanya pinjaman..kerana memang itulah
manusia..
jadi bersyukurlah jika diuji..itu tanda DIA kasih pada kita,DIA sayang dengan kita,DIA suka dengar kita berdoa sdan memuji namaNYA kerana kita di ciptakan memang untuk sentiasa ingat kepada DIA kerana hanya dengan redhaNYA kita dapat dapat hidup hingga ke
saat ini..
ita faham,dan teramat faham,kadang2 kita
terluka dengan ujian yang ALLAH SWT beri kita tak mampu menahan air mata..tapi yakinilah,jauh di
atas segalanya, DIA telah m'aturkan sesuatu yang indah dan lebih baik untuk
kita..
MUJAHID ITU MEMANG
PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS..
itulah yang saya belajar sejak kebelakangan
ini...tak salah kita menangis,kerana memang dengan air mata dan meluahkan
semua,hati kita menjadi lebih tenang..tapi menangislah pada yang
seharusnya..luahkanlah kepada DIA yang mencipta kita..pilihlah waktu yang tepat untuk
mengadu,maka insyaALLAH, kita akan rasa ketenangan walau kita
menghadapi masalah atau ujian seberat apapun,kita akan mampu menghadapinya.